Majlis Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) 2018 Peringkat Kebangsaan
Koperasi Sekolah Platform Terbaik
Realisasi Idea Inovasi Anak Muda
Koperasi sekolah merupakan antara wadah terbaik menggalakkan pembudayaan inovasi dan kreativiti dalam kalangan guru serta pelajar. Faktor tersebut berkait rapat dengan pendedahan yang dialami sewaktu menjalani aktiviti perniagaan sekaligus memberi pendedahan dan ilmu keusahawanan secara lebih jelas dan praktikal seterusnya menjadikan individu tersebut berfikiran lebih positif dan berinovasi. Lihat sahaja perbandingan terhadap lapangan perniagaan yang diusahakan oleh koperasi sekolah sekitar tahun 70-an dan pada masa kini. Pada awal penubuhannya, koperasi sekolah berfungsi sebagai memenuhi keperluan asas pelajar melalui penjualan kelengkapan sekolah. Namun, aktiviti ekonomi koperasi sekolah pada masa ini bersifat lebih terbuka dan meluas sehingga mampu memberi manfaat sosioekonomi penduduk setempat seperti membuka pusat jagaan kanak-kanak, peruncitan, perkhidmatan rawatan spa dan sebagainya. Manakan mampu koperasi sekolah mempelbagaikan jenis perniagaan yang dijalankan tanpa idea cetusan daripada individu-individu yang berfikiran “luar dari kotak”. Peningkatan dalam perolehan yang direkodkan oleh gerakan koperasi sekolah dari tahun ke tahun membuktikan gerakan » Barisan juri untuk pembentangan peringkat akhir yang terdiri daripada (dari kiri ke kanan) Ketua Unit Hal Ehwal Murid, Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia, Puan Yasmin Othman; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Haji Mohd. Jamil Othman; Penolong Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Encik Alias Yoop dan Timbalan Pengarah (Kokurikulum) Bahagian Pendidikan Menengah, Majlis Amanah Rakyat, Encik Shahrizal Mohd Saderi.
Pertumbuhan dan kemajuan ekonomi negara amat bergantung kepada inovasi dan kreativiti. Dua elemen ini bukan sahaja tertumpu pada penciptaan produk yang lebih canggih dan berteknologi tinggi, tetapi juga dari segi pemikiran di luar kotak kelaziman selain keupayaan dalam mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu isu atau masalah.
tersebut semakin berani menceburi bidang perniagaan baharu. Dari Januari hingga Disember 2017, perolehan koperasi sekolah direkodkan pada RM382 juta, peningkatan sebanyak 22.3 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2013. Melalui AKKS 2018, sebanyak 20 buah koperasi sekolah telah membentangkan produk mereka dan memberi peluang kepada peserta-peserta terlibat yang terdiri daripada pengetua, guru koperasi, murid dan juga ANGKASA sendiri untuk menyaksikan sejauh mana tahap pelaksanaan kreativiti dan inovasi terhadap produk yang telah dihasilkan. Produk mereka juga sedikit sebanyak menunjukkan tahap pemikiran kritis guru dan murid untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Elemen inovasi pada produk koperasi sekolah juga perlu diperhebatkan lagi dan tanggungjawab ini perlu digalas oleh semua pihak kerana ia (produk) mempunyai potensi untuk dikomersialkan bukan sahaja di peringkat nasional, malah turut menjangkau sehingga ke peringkat antarabangsa. Tidak dinafikan bahawa koperasi sekolah juga terpaksa mengharungi pelbagai bentuk rintangan dan cabaran dalam usaha untuk mencapai tahap kejayaan seperti sekarang. Namun begitu, kita tidak mahu melihat kejayaan ini hanya
bersandarkan kepada keuntungan dari sudut wang ringgit semata-mata pada masa hadapan. Apa yang kita mahukan adalah koperasi sekolah menjadi platform kepada pembangunan modal insan generasi muda. Menjadi pusat kepada penjanaan idea-idea baharu di samping berupaya menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih inovatif dan boleh dimanfaatkan oleh masyarakat. ANGKASA juga amat mengalu- alukan pandangan kritikal dan membina daripada semua pihak untuk membantu melestarikan gerakan koperasi sekolah melalui penambahbaikan kursus, bimbingan dan latihan yang disediakan.
» Murid-murid turut mengambil peluang mempromosi seni budaya negeri masing-masing melalui pemakaian baju tradisional ketika membuat pembentangan produk buatan koperasi sekolah mereka.
Januari 2019 PELANCAR
35
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease