Mantapkan Keupayaan Konsortium Koperasi Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah bersama peserta yang mengikuti Bengkel Pemantapan Konsortium Koperasi Di Bawah Bimbingan ANGKASA, baru-baru ini.
Bengkel Pemantapan Konsortium Koperasi Di Bawah Bimbingan ANGKASA menjadi platform berkesan kepada gabungan koperasi yang ditubuhkan untuk memantapkan keupayaan dan hala tuju di samping memikirkan semula strategi terbaik ke arah memperkasakan koperasi masing-masing.
Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah menyatakan, setiap koperasi yang terlibat dalam konsortium mempunyai peranan besar bukan sahaja dalam pekerjaan tetapi juga dalam koperasi masing-masing. Menurutnya, usaha memperkasakan Konsortium Koperasi menjadi tanggungjawab ANGKASA sebagai Badan Apeks Koperasi dalam menjalankan peranannya sebagai penyatuan koperasi di bawah konsortium. Pendekatan tersebut adalah selaras dengan Teras Strategik 1, Dasar Koperasi Negara (DKN) iaitu merangsang penglibatan koperasi dalam sektor ekonomi bernilai tinggi. “Ia juga bertujuan untuk menyatukan koperasi- koperasi yang menjalankan aktiviti yang sama dalam skala yang lebih besar dan kuat,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Bengkel Konsortium Koperasi
Di Bawah Bimbingan ANGKASA bertempat di Port Dickson, Negeri Sembilan, pada 12 November lalu. Bengkel yang julung kali dianjurkan itu telah menyaksikan kehadiran kira-kira 30 wakil koperasi yang dilantik sebagai kepimpinan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) mewakili lapan Konsortium Koperasi. Konsortium yang terlibat adalah Konsortium Koperasi Hartanah Negara Berhad; Konsortium Koperasi Tanaman Padi Kedah Berhad; Konsortium Koperasi Tanaman Padi Perlis Berhad; Konsortium Koperasi Kariah Masjid Malaysia Berhad; Konsortium Koperasi Wanita Malaysia Berhad; Konsortium Koperasi Ternakan Ikan Pahang Berhad; Konsortium Koperasi Orang Asli Pahang Berhad dan Konsortium Koperasi Penyayang Terengganu Berhad. Penganjuran bengkel itu juga bertujuan untuk memberi penjelasan serta pencerahan berkaitan ANGKASA khususnya
38 PELANCAR Januari 2019
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease