Wadah PELANCAR Edisi Januari 2019

terhasilnya beras. Program seterusnya diterajui oleh anggota JPAN Selangor, Haji Yasim Mohamed melalui slot ceramah bertajuk ‘Peranan koperator yang hebat’. Menerusinya, peserta diberi pendedahan tentang peranan koperator dalam mengurus tadbir koperasi agar dapat menjadi seorang pemimpin yang hebat pada satu masa nanti. Program diteruskan dengan aktiviti Ikhtiar hidup oleh Komandan kem, Dato’Akmal Ibos iaitu semua peserta dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diberi tugasan untuk memancing, menyiang dan membakar ikan. Sesi diteruskan dengan bengkel seni kreatif oleh Anggota JPAN Selangor, Datin Nor Faridah A.Bakar. Peserta diajar dengan tiga jenis modul seni kreatif iaitu key chain bunga, brooch dan penanda buku. Lebih membanggakan, peserta lelaki turut menyertai bengkel ini dan kesemuanya dapat menyiapkan tugasan mengikut masa yang ditetapkan.

Program diteruskan dengan aktiviti ‘aku pesawah”. Semua peserta dikehendaki menaiki sampan dan rakit yang disediakan untuk menyeberangi palong menuju ke kawasan sawah padi. Peserta telah di beri pendedahan tentang cara tanaman padi secara manual. Peserta turut diberi peluang merasai pengalaman menanam padi dan juga menggagau ikan di dalam lumpur. Pada malamnya, kumpulan peserta dikehendaki mengadakan persembahan kebudayaan selain mengikuti ceramah ‘Kepimpinan Koperator’ pada akhir program. Perasmian penutup disempurnakan oleh Pengerusi JPAN Selangor, Dato’ Mohd Alias Hamzah. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada Peserta Terbaik Lelaki iaitu Muhamad Anaz Nuttershah B Azuar dari SMA Kuala Selangor, Peserta Terbaik Perempuan iaitu Nurul Syaqinah Awang Basah dari SMK Rantau Panjang dan hadiah bagi Kumpulan Terbaik.

41 Januari 2019 PELANCAR 41 Disember 2018 PELANCAR Januari 2019 PELANCAR

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease