» Peserta Kursus Kepimpinan Kuching
aspek Jati Diri Koperasi, Tadbir Urus Koperasi, Pengurusan Kewangan Koperasi serta Kepimpinan Koperasi. Peserta juga diberi pemahaman tentang keperluan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan koperasi. Menurut Akta Koperasi Seksyen 39, tiap-tiap koperasi hendaklah mengadakan mesyuarat agung tahunan tidak lewat daripada enam bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan atau tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya. Ini selaras dengan Prinsip Koperasi Kelima iaitu Pendidikan, Latihan dan Maklumat. Koperasi perlu menyediakan pendidikan dan latihan kepada anggotanya, Anggota Lembaga Koperasi (ALK), pengurusan dan kakitangannya agar mereka memahami peranan yang perlu dimainkan demi untuk mencapai visi dan misi koperasi selaras dengan hala tuju yang telah ditetapkan. Sebanyak empat Kursus Kepimpinan telah dijalankan iaitu pada 15 – 16 November di Lawas, 21 – 22 November 2018 di Bintulu, 24 – 25 November di Kuching dan 27 – 28 November di Sibu. Program dirasmikan oleh Pengerusi JPAN Sarawak, Haji Usuf Haji Samah @ Abu Samah. Beliau juga turut menegaskan kepentingan berkoperasi kepada peserta kursus selain menggalakkan peserta mewujudkan jaringan perniagaan dalam kalangan mereka supaya boleh dijadikan sebagai platform untuk memasarkan produk mereka.
» Perasmian oleh Pengerusi JPAN Sarawak, Haji Usuf Haji Samah @ Abu Samah.
» Peserta memberikan perhatian semasa kursus
Januari 2019 PELANCAR
43
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease