Pulau Pinang
Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ
Menyahut tema “Wanita Inspirasi Wanita”, seramai 50 koperator wanita dari seluruh daerah di negeri Pulau Pinang, hadir ke Program Santai Koperator Wanita yang diadakan di Teluk Bahang, pertengahan November lalu. Wanita Inspirasi Wanita Program Santai Koperator Wanita Pulau Pinang 2018
Menurut beliau, kebanyakan koperasi keusahawanan di Singapura terdiri daripada suri rumah atau kaum ibu. Program sedemikian dipercayai dapat melahirkan lebih ramai usahawanita selain membantu mereka menjana pendapatan keluarga dan diri sendiri. Katanya, kaum wanita sebenarnya dilihat lebih sesuai berkecimpung dalam lapangan keusahawanan berdasarkan kepada kelebihan yang ada. Mereka juga memiliki nilai-nilai positif dalam diri dan dapat melakukan banyak perkara dalam satu masa seperti berniaga dan menguruskan rumahtangga.
Program anjuran ANGKASA dan Jawatankuasa Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang itu diadakan bagi mendidik dan berkongsi maklumat mengenai pengurusan perniagaan dan juga pengurusan diri. Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya berkata, lokasi program yang bertempat di tepi pantai, berjaya mendekatkan anggota koperasi dengan masyarakat di samping dapat memupuk semangat cinta dan prihatin terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar.
46 PELANCAR Januari 2019
46 PELANCAR Januari 2019
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease