Wadah PELANCAR Edisi Januari 2019

Perak

ANGKASA kini sedang dalam peringkat akhir kajian tentang mekanisma terbaik mengurangkan kos sara hidup melalui pendekatan koperasi. Koperasi Perlu Jadi Instrumen Kurangkan Kos Sara Hidup Oleh : RAHMAT MOHD DID

HAJI MOHD ROSLI HAJI BASRI Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Perak

Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin berkata, pelbagai program juga telah dibuat bagi memastikan gerakan koperasi terus menjadi penyumbang berkesan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). “Setiap koperasi tanpa mengira saiz perlu bergerak seiring dalam memajukan lagi koperasi ke arah berpendapatan tinggi dengan cara mempelbagaikan produk dan menceburi sektor perniagaan berimpak tinggi. Salah satu punca kejayaan koperasi adalah melalui kepimpinan koperasi yang mantap. Pemimpin yang cemerlang adalah mereka yang memiliki kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang selain mempunyai wawasan yang jelas,” katanya. » Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin (dua dari kanan) beramah mesra dengan peserta-peserta program. Turut sama ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perak, Haji Anjang Ab. Rahman Mat (kanan sekali).

» Para peserta mendengar ucapan perasmian daripada Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin.

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Kursus Kepimpinan Koperasi Negeri Perak 2018 di Taiping, Perak. Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perak, Haji Anjang Ab. Rahman Mat. Tambahnya lagi, penglibatan anggota-anggota koperasi dalam kursus ini memberi peluang untuk mendalami isu-isu kepimpinan, jati diri koperasi, tadbir urus yang baik, pengurusan kewangan koperasi dan kepimpinan koperasi yang berintegriti.

48 PELANCAR Januari 2019

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease