» Koperasi Pegawai dan Kakitangan LKTN Berhad adalah antara koperasi yang giat mengusahakan tanaman kenaf.
Sistem kuota tembakau yang dilaksanakan di beberapa negara di dunia untuk produk tembakau telah menjejaskan industri tembakau di negara ini. Sistem kuota ini wujud akibat kesan buruk produk tembakau terhadap kesihatan manusia. Ini membuka peluang dan ruang kepada LKTN untuk membolehkan kenaf dijadikan tanaman gantian kepada tembakau. Sebagai contohnya penanam tembakau di sekitar Jajahan Bachok dan Pasir Putih, Kelantan digalakkan menanam kenaf bagi menggantikan tanaman tembakau yang semakin kurang permintaan. Malah, menjelang 2010, tananam ini mula diperluaskan di negeri Kedah, Perlis dan beberapa negeri lain. Bantuan dan sokongan dari LKTN dalam bentuk khidmat nasihat, baja, benih, peralatan membajak dan pelbagai lagi telah menarik minat ramai penanam tembakau untuk mengusahakan tanaman kenaf. Tempoh yang singkat untuk mendapatkan hasil dan tanaman yang mudah dijaga berbanding tembakau membolehkan pengusaha tembakau
mula beralih kepada tanaman kenaf. Berbanding tembakau, kenaf sangat mudah ditanam dengan menggunakan kaedah 3T iaitu Tanam, Tengok dan Tuai. Kenaf boleh tumbuh antara 3.5 meter sehingga 4.5 meter. Tumbuhan ini hanya mengambil masa empat bulan untuk matang sebelum hasilnya diperolehi. Tumbuhan ini mengandungi dua jenis gentian. Lapisan luar iaitu kulit dan fiber sesuai digunakan untuk menghasilkan tali atau industi tilam. Manakala bahagian dalam iaitu empulur ( core ) yang lebih keras sesuai untuk digunakan dalam industi berasaskan kayu. Tumbuhan kenaf ini boleh mengeluarkan gentian atau serat yang berkualiti. Gentian ini banyak digunakan untuk membuat tilam, perabot, beg tangan, bahan binaan, komponen plastik dan adakalanya ia dijadikan makanan haiwan ternakan. Gentian kenaf juga digunakan dalam industri automotif untuk menghasilkan komponen kereta seperti bumper, insulator dan dashboard .
50 PELANCAR Januari 2019
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease