Malah, gentian kenaf juga didapati setanding dengan gentian yang didapati dari kayu keras untuk menghasilkan produk pulpa dan kertas. Dalam sektor penternakan, tumbuhan kenaf yang muda boleh diproses untuk dijadikan makanan ternakan seperti lembu, kambing dan lain-lain. Untuk industri pembinaan, kenaf digunakan sebagai komposit binaan seperti panel, siling dan papan serpai. Dalam industri pembuatan tilam, penggunaan gentian kenaf sudah mula digunakan bagi menggantikan gentian kelapa dan palma. Bekalan gentian kenaf yang senang diperolehi berbanding gentian kelapa menyebabkan permintaan terhadap kenaf terus meningkat. Gentian kenaf juga didapati lebih lembut dan kurang menghasilkan bau berbanding gentian lain. Kualiti kenaf yang ada di negara ini turut diiktiraf oleh pengusaha antarabangsa dan mendapat permintaan tinggi terutamanya dari China, Korea dan Thailand. Kelebihan ini telah merangsang LKTN untuk terus membangunkan industri kenaf bagi dijadikan antara komoditi utama negara selain getah dan kelapa sawit. Kegunaan kenaf yang pelbagai ini juga mendorong kerajaan melalui LKTN untuk melakukan lebih banyak kajian dan R&D untuk memberi nilai tambah dan mempelbagaikan penggunaan gentian kenaf. Koperasi Pegawai dan Kakitangan LKTN Berhad adalah antara koperasi yang giat mengusahakan tanaman kenaf. Koperasi ini ditubuhkan pada 2013 dengan keanggotaan seramai 192 orang, mengusahakan ladang kenaf seluas lima ekar di
Kelantan. Tujuan tanaman kenaf oleh koperasi adalah untuk mendapatkan gentian dan empulur ( core ) yang bermutu. Hasilnya kemudian dijual kepada LKTN untuk diusahakan dengan pelbagai produk berasakan kenaf. Koperasi ini juga bercadang untuk membuka lebih banyak ladang kenaf memandangkan pulangan yang lumayan setiap kali tuaian. Selain itu, koperasi ini juga sedia memberi tunjuk ajar dan berkerjasama dengan mana-mana koperasi yang berminat untuk mengusahakan kenaf. Potensi dan peluang perniagaan dalam industri tanaman kenaf menjanjikan pulangan jutaan ringgit kepada pengusaha. Industri ini ibarat lombong emas yang masih belum digali sepenuhnya. Koperasi seharusnya mengambil peluang bagi mengusahakan tanaman kenaf di tanah-tanah milik koperasi. Koperasi juga seharusnya mengambil kesempatan untuk melabur dalam projek yang berasakan gentian kenaf bagi meningkatkan perolehan berasaskan aktiviti asas tani. Pengeluaran Tanaman Kenaf Bagi Pengeluaran Fiber Dan Empulur (Hektar) 2015 - 2017
Negeri
Tahun 2015 2016 2017 715.00 842.58 392.50 433.00 666.30 299.20 829.00 693.90 320.50 25.00 55.00 363.00 50.00 110.00 35.00 131.00 50.00 7.00 50.00 70.00 15.00 25.00 15.00 -
Kelantan
Terengganu
Pahang Kedah
Perlis Perak Johor
Pulau Pinang
Sumber : Laporan LKTN 2017
Januari 2019 PELANCAR
51
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease