Pematuhan Standard Dalam Koperasi Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah dan Ketua Pengarah JSM, Datuk Fadilah bergambar bersama peserta seminar
Sektor koperasi wajar mengambil peluang mengeluarkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti dalam usaha membina keupayaan untuk lebih berdaya saing di pasaran luar sekaligus mendapat tempat di pasaran global.
Usaha tersebut perlu dilakukan dalam aspek membina keupayaan dalam mematuhi standard-standard tertentu supaya cabaran untuk meningkatkan daya saing industri tempatan dalam sektor koperasi dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia (JSM), Datuk Fadilah Baharin berkata, sektor koperasi disaran supaya dapat mengeluarkan produk dan perkhidmatan yang bersesuaian mengikut standard yang ditetapkan supaya kualiti tersebut berupaya membantu dalam meningkatkan keberkesanan tadbir urus, mengurangkan risiko kesilapan dan kemalangan, mengoptimumkan penggunaan sumber dan seterusnya memberi pulangan
» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah dan Ketua Pengarah JSM, Datuk Fadilah ketika sesi pertukaran MoU antara Jabatan Standard Malaysia dan ANGKASA
turut melibatkan perkhidmatan yang merangkumi sistem tadbir urus. “Sektor koperasi yang baik dan budaya kerja berkualiti merupakan landasan utama dalam meningkatkan keyakinan rakyat terhadap produk dan perkhidmatan yang dihasilkan,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Seminar “Memperkasakan Integriti Koperasi, Keperluan Standard Dan Pematuhan Peringkat Kebangsaan 2018”, bertempat di Hotel Tenera, Bangi, 23 November 2018.
keuntungan kepada organisasi yang mengamalkannya. Menurut beliau, pematuhan kepada standard dapat meningkatkan kejayaan selain mengurangkan risiko kegagalan dalam sesebuah organisasi kerana pematuhan kepada standard akan dapat menambah keyakinan pengguna, daya saing, kebolehpasaran dan keuntungan. “Standard-standard yang dibangunkan oleh JSM bukan sahaja memberi tumpuan kepada produk malah
52 PELANCAR Januari 2018
52 PELANCAR Januari 2019
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease