» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah dan Pengarah Jabatan Operasi Cukai LHDNM, Encik Mohamad Noor Ahmad ketika sesi pertukaran MoU antara LHDNM dan ANGKASA.
» Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan mengemukakan soalan dan berkongsi pendapat ketika sesi pembentangan kertas kerja berlangsung.
» Wakil Pusat Governas, Integriti Anti Rasuah Nasional GIACC, Puan Rasidah Abdul Karim ketika membentangkan tajuk “Peranan GIACC Dalam Pembangunan Negara” yang dikendalikan oleh moderator, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahya.
Sementara itu, dalam ucapan aluan yang disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah, integriti dalam sektor koperasi bukan hanya memfokuskan mengenai isu rasuah, pematuhan berkaitan sistem dan prosedur kerja, tatacara kewangan dan isu-isu tatatertib semata-mata. Amalan integriti juga turut meliputi segenap aspek berkaitan budaya kerja dalam gerakan koperasi. “Ini termasuklah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan menjalinkan hubungan yang baik antara ketua jabatan, rakan sekerja dan kakitangan sokongan. Budaya kerja yang berintegriti ini harus dipraktikkan dalam setiap warga koperasi terutamanya dalam pembentukan sesebuah organisasi yang cemerlang dan berkualiti. “Sebagai warga koperasi, kita seharusnya sentiasa mempraktikkan nilai-nilai integriti kerana anggota koperasi adalah cerminan kepada masyarakat secara keseluruhannya,” katanya. Majlis berkenaan turut menyaksikan sesi Pertukaran Memorandum Persefahaman MoU antara Jabatan Standard
Malaysia (JSM), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan ANGKASA yang diwakili Dato’ Abdul Fattah, Datuk Fadilah serta Pengarah Jabatan Operasi Cukai LHDNM, Encik Mohamad Noor Ahmad. Seramai 230 peserta menghadiri seminar yang julung kali diadakan dengan matlamat untuk menyokong serta menggalakkan amalan integriti dan semangat kebertangungjawaban dalam amalan berkoperasi. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Naib Pengerusi Eksekutif Pengurusan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Haji Zazali Haron; Pemangku Ketua Pengarah Maktab Koperasi Malaysia (MKM), Haji Ramlan Kamsin; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil; Pengarah Jabatan Operasi Cukai, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia LHDNM, Encik Mohamad Noor Ahmad.
Januari 2018 PELANCAR Januari 2019
53
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease