» Anggota KOPSA bergambar di hadapan Butik Serbaneka Koop Alumni SMKDS.
Tingkatkan Sosioekonomi
Menerusi Koperasi Alumni
HAJI MOHAMAD AZMI OMARUDDIN Naib Presiden ANGKASA
Beliau yang juga merangkap Yang Dipertua KOPSA berkata, keanggotaan lebih ramai alumni adalah penting bagi memantapkan lagi tadbir urus koperasi sekaligus memberi peluang kepada semua anggota untuk sama-sama membantu meningkatkan taraf sosioekonomi melalui pendekatan berkoperasi. Haji Mohamad Azmi yang hadir merasmikan Butik Serbaguna KOPSA yang beralamat di No. 25, Jalan Besar, Langkap pada 29 Disember 2018 turut melahirkan rasa bangga dengan perkembangan dan pencapaian yang diraih hanya dalam tempoh 18 bulan penubuhannya.
Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
Alumni SMK Dato’ Sagor Langkap dipelawa untuk menyertai Koperasi SMK Dato’ Sagor Langkap Berhad (KOPSA) sebagai anggota dan rakan niaga koperasi. Demikian hasrat yang ingin direalisasikan oleh Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin.
54 PELANCAR Januari 2019
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease