Wadah PELANCAR Edisi Januari 2019

» Pelbagai jenis produk dijual di butik serbaguna ini termasuk produk keluaran anggota koperasi.

» Datuk Md Rais Mansor, Pengerusi KOPSA

» Haji Mohamad Azmi bersama Pengetua SMK Dato’Sagor Langkap, Haji Khairul Anuar (kiri) dan Alumni pertama SMK Dato’ Sagor Langkap (1966), Encik Safian Mantin (kanan). Menurut beliau, lebih 17 ribu mantan pelajar SMK Dato’ Sagor sememangnya memiliki pelbagai sumber pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan juga modal. Kelebihan tersebut amat ditagih bagi membantu menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi anggota dan masyarakat di Langkap menerusi keanggotaan KOPSA. “Pelbagai manfaat boleh dinikmati bukan sahaja hasil keuntungan melalui peluang-peluang pelaburan dan perkongsian dividen, malah lebihan perolehannya juga boleh dimanfaatkan menerusi rancangan penubuhan kumpulan wang pendidikan, perniagaan dan kesihatan yang akan dikawal selia dan diagihkan melalui KOPSA kepada ahli keluarga anggota yang memerlukan,” ujarnya. Turut hadir dalam majlis perasmian butik tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perak, Haji Mohd Rosli Basri yang turut mengalu-alukan penyertaan anggota KOPSA dalam program-program keusahawanan koperasi anjuran ANGKASA Negeri Perak. Sementara itu, Pengerusi KOPSA, Datuk Md Rais Mansor berkata, pembukaan Butik Serbaguna adalah selaras dengan objektif penubuhan KOPSA iaitu untuk menjana ekonomi koperasi di samping membantu kebajikan SMK Dato’ Sagor Langkap di samping mahu menarik minat lebih ramai alumni SMK Dato’Sagor Langkap untuk mengenali koperasi sekaligus menganggotai KOPSA. Menurut beliau, sebenarnya banyak peluang boleh dimanfaatkan melalui butik tersebut seperti

» Haji Mohamad Azmi merasmikan pembukaan Butik Serbaguna Koop Alumni SMKDS.

menyediakan ruang bagi anggota untuk menjual produk mereka selain membantu anggota sekiranya mereka ingin menjalankan promosi dan perniagaan menerusi kiosk atau gerai jualan di pusat perniagaan yang lain. Katanya, KOPSA juga turut merancang beberapa sektor perniagaan baharu seperti pembangunan hartanah, pertanian dan perladangan memandangkan ada dalam kalangan anggota KOPSA mempunyai kelulusan dan kemahiran yang tinggi dalam lapangan tersebut.

Januari 2019 PELANCAR

55

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease