Semarakkan Kecemerlangan Menerusi Koperasi
Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ
Bermula sebagai Anggota Lembaga Koperasi (ALK) Pelajar sejak Tingkatan Satu di SMK Putri Saadong, Muhammad Wardi telah menyaksikan perkembangan dan potensi yang telah dan boleh diraih menerusi gerakan koperasi sekolah bukan sahaja dalam bidang peruncitan, malah turut menjangkaui sehingga ke bidang-bidang perniagaan yang lain seperti pelancongan dan makanan. Selepas menamatkan pengajian di universiti dalam bidang Seni Halus, beliau terus dilantik untuk menjawat jawatan sebagai Pengurus Koperasi SMK Putri Saadong. Beliau kemudiannya mengambil langkah dengan mengadaptasikan karya seni yang dipelajarinya dengan menghasilkan suasana bangunan kedai koperasi menerusi lukisan arca dan kanvas selain mengubah susun atur kedai koperasi agar menjadi lebih menarik dan kemas. Sejurus selepas perlantikannya juga, bermulalah idea untuk membuka Coop Station yang berjaya dilancarkan pada 30 November 2017. Stesen tersebut Misi untuk memperkasa agenda keusahawanan dalam kalangan koperator sekolah menjadi faktor kepada kesungguhan Muhammad Wardi Md Nazir untuk melihat lebih ramai golongan remaja menjadi lebih cemerlang dalam dunia perniagaan.
56 PELANCAR Januari 2019
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease