Wadah PELANCAR Edisi Januari 2019

beroperasi sebagai butik pakaian dan peralatan sekolah selain menjual pelbagai produk makanan dan runcit untuk kemudahan guru, ibu bapa pelajar serta masyarakat setempat. Butik Canggih juga turut diperkenal menerusi program rakan niaga koperasi sekolah yang pertama berjaya membuka butik pakaian sekolah jenama ‘canggih’. Menerusinya juga, koperasi turut berpeluang untuk menghasilkan produk pakaian dengan membeli kain dari pihak canggih dan kemudiannya dijahit oleh masyarakat sekitar yang berminat dan berkebolehan. Program tersebut bukan sahaja berjaya memberi peluang perniagaan yang baharu, malah harga jualannya juga lebih berpatutan sekaligus menjadikan Koperasi SMK Putri Saadong sebagai sebuah pusat sehenti yang lebih popular. Ilmu yang diperoleh melalui kursus-kursus di Maktab Koperasi Malaysia juga turut dipraktikkan

dalam perniagaan seperti kaedah susun atur barangan, pengurusan stok dan teknik komunikasi berkesan. Sebagai bekas Ketua Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putri Saadong dan ahli Alumni UITM dan KOSISWA, beliau juga pernah melaksanakan pelbagai program bagi mengeratkan hubungan antara anggota seperti menganjurkan permainan Petanque selain memberi latihan intensif menguruskan perniagaan. Sempena Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah di Melaka pada November 2018, Koperasi SMK Putri Saadong Kota Bharu Berhad telah membentangkan produk cenderamata berupa bingkai foto. Sehingga tahun 2017, rekod perolehan koperasi ialah RM500 ribu setahun dan beliau berhasrat membesarkan perniagaan koperasi kepada sebuah pasaraya menjelang tahun 2030.

PROFIL

Nama Umur

Muhammad Wardi Bin Md Nazir

24 tahun

Kedudukan Dalam Koperasi

Pengurus Kedai Koperasi SMK Putri Saadong Kota Bharu Berhad (Butik Canggih & Kedai Serbaneka) 30 November 2017 hingga kini 1.Ijazah Sarjana Muda (BHons) Seni Halus Kepujian Kelas Pertama UiTM Seri Iskandar Perak.

Pendidikan

2. Diploma Seni Halus

UiTM Machang Kelantan.

Januari 2019 PELANCAR

57

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease