Wadah PELANCAR Edisi Januari 2019

Oleh : RAHMAT MOHD DID

ANGKASA Pelawa Penubuhan Koperasi Autisme

» Bergambar bersama-sama tenaga pengajar dan pelajar-pelajar ARISMA.

ANGKASA sedia untuk membantu mana-mana pertubuhan autisme untuk menubuhkan koperasi dalam usaha mengangkat martabat dan kedudukan golongan tersebut ke tahap lebih tinggi, terutama daripada aspek ekonomi. Presidennya, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, usaha itu tidak mustahil memandangkan terdapat lebih 30,000 kanak- kanak autisme di negara ini yang masih belum berdaftar dengan mana-mana persatuan berkaitan. “Ia mampu menjadi platform terbaik memajukan ekonomi serta sosial golongan istimewa ini yang memerlukan pelbagai intervensi, program dan pengurusan istimewa dalam menjadikan mereka golongan produktif. Tidak mustahil, koperasi autisme juga boleh berjaya seperti Koperasi OKU Pulau Pinang Berhad, Koperasi Peka Malaysia Berhad, Koperasi Gerak Wawasan Terengganu Berhad, Koperasi Pertis Terengganu dan Koperasi Tongkat Putih Taman Rahmat Berhad,” katanya.

» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (tengah) menyampaikan sumbangan pada Encik Zamri Tembol.

Tambahnya, dengan usaha tersebut, golongan ini akan disediakan dengan kehidupan yang lebih berdikari melalui penerapan latihan vokasional yang disediakan serta memudahkan urusan pemberian sumbangan oleh pelbagai pihak dalam menjayakan sebarang program berkaitan austisme. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Program ANGKASA Peduli Taman Agro ANGKASA-ARISMA Sempena Hari Alam Sekitar Anjuran ANGKASA Dengan Kerjasama Akedemi Remaja Islam Autisme (ARISMA) di Ampang, Selangor. Turut hadir ialah Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Mohd Shukree Che Isa; Pengarah Pusat Permata Kurnia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Prof. Madya Dr. Hasnah Toran; Pengerusi Yayasan ARISMA, Haji Omar Ahmad dan Pengerusi Persatuan Autisme Muslim Malaysia, Encik Zamri Tembol. Terdahulu, ANGKASA dan Rakan Sukarelawan Coop Malaysia menyumbangkan lapan set struktur hidroponik dan satu struktur semaian yang boleh menempatkan kira-kira 300 anak pokok sayur-sayuran dan buah- buahan pelbagai jenis untuk dimanfaatkan oleh kanak-kanak ARISMA di Taman Agro ANGKASA-ARISMA.

64 PELANCAR Januari 2019

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease