By : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN
Mantap Kerjasama Majukan Gerakan Koperasi MED-SKM-ANGKASA
Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Koperasi perlu berusaha menghasilkan produk dalam industri halal dengan meningkatkan kualiti produk dari segi pembungkusan, pelabelan yang bermatlamat memastikan produk koperasi mendapat tempat di pasaran dalam dan luar negara.
» Sesi perbincangan antara barisan kepimpinan tertinggi ANGKASA dan SKM bersama Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof.
Menteri Pembangunan Usahawan (MED), Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof berkata, koperasi perlu lebih bersedia menghadapi cabaran untuk melayakkan produk mereka berada di pasaran khususnya dalam industri halal. Katanya, perkara tersebut adalah penting bagi memastikan produk koperasi sentiasa berada pada kedudukan sebaris dengan produk lain di pasaran sekaligus menggalakkan penglibatan lebih ramai usahawan koperasi dalam bidang perniagaan. “Sekiranya ia menepati piawaian halal yang ditetapkan oleh keperluan industri halal di Malaysia, sudah pasti produk koperasi mendapat tempat di peringkat tempatan mahu pun global seterusnya dapat memperlihatkan kekuatan tersendiri sektor koperasi di mata masyarakat,” katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas sewaktu menerima kunjungan hormat ANGKASA dan Suruhanjaya
Koperasi Malaysia (SKM) di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur pada 3 Disember lalu.
Objektif utama kunjungan hormat yang julung kali diadakan itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk memantapkan lagi hubungan serta kerjasama antara ANGKASA, SKM dan MED khususnya dalam membangunkan gerakan koperasi negara. Delegasi yang terdiri daripada barisan kepimpinan dan pengurusan tinggi ANGKASA itu diketuai oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah manakala Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pula diwakili Naib Pengerusi Eksekutif (Dasar & Pembangunan), Haji Dawam Hassan; Pengarah Statutori & Pendaftaran, Puan Siti Azlin Ahmad Dauta dan Ketua Unit Bahagian Penyeliaan Koperasi Kredit, Puan Norhayati Nayan.
Januari 2019 PELANCAR
5
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease