MY - SG - LIA - 201710

Tiada apa-apa mengenai berbilang tingkat tentang kami. Saya merasa rendah diri apabila saya mendengar bekas ahli MLM berkata, “Saya telah berada dalam industri “ini” beberapa tahun lamanya.” Anda mungkin telah berada dalam industri TERSEBUT selama 20 tahun tetapi saya ingin jelaskan - ia adalah industri yang sangat berbeza. Anda baru sahaja menukar industri! Dengan Melaleuca, anda kini dalam industri Consumer Direct Marketing® (Terus Kepada Pengguna). Tiada berbilang tingkat, bukan beberapa tingkat yang berbeza. Hanya terus kepada pengguna. Ini adalah industri di mana kita berada sekarang. Kami bekerja keras untuk menjauhkan diri daripada lingkungan MLM. Jangan tarik kami ke dalamnya. Anda boleh berkata, “Saya telah berada dalam industri TERSEBUT selama 20 tahun dan saya sudah menukar industri.” Tinggalkan industri tersebut. Mereka memiliki reputasi yang buruk. Mereka berhak menerimanya. Mereka bekerja keras untuk menerima akibatnya. Jadi, selamat datang ke Melaleuca. Bersikap terbuka. Terima tunjuk ajar. Jangan melebih-lebih. Di sini terdapat pakar yang bersedia untuk mengajar anda bagaimana untuk membina perniagaan Melaleuca dengan betul. Belajar cara baru. Mereka yang menerima polisi kami dan prinsip ini akan berkembang. Mereka yang cuba mematuhi cara MLM pasti akan gagal. Di Melaleuca, ia semuanya tentang memiliki produk yang sangat hebat pada harga berpatutan. Dunia sedang mencari apa yang kita miliki. Dan jika anda fikir perkara akan baik berlaku sekarang, lihat apa yang akan berlaku pada masa depan. Kisah kita akan menjadi lebih menarik setiap hari. Sesiapa yang melihat faktanya, siapa yang inginkan kesihatan lebih baik, inginkan lebih banyak tenaga, pentingkan bajet, yang melihat apa yang kami tawarkan, akan membuat kesimpulan, “Kami mesti menjadi pelanggan Melaleuca.” Ianya logik. Kerana semua jalan sememangnya menuju ke Melaleuca.

membuat keputusan, tetapi mereka sendiri memilih untuk maju ke hadapan. Dan begitu ramai orang telah berjaya melakukannya. Terdapat ramai antara mereka yang telah menunjukkan contoh. Dan itu adalah bukti kepada kita bahawa sesiapa sahaja boleh berjaya dalam perniagaan ini. Tidak kira jenis latar belakang anda. Tidak kira jenis pendidikan yang anda terima. Tidak kira asal kumpulan etnik anda. Tidak kira asal negara anda. Anda boleh lakukan apa yang ditawarkan oleh Melaleuca. Anda boleh lakukan, tetapi ia memerlukan ketabahan dan ia juga memerlukan kerja keras. Anda perlu belajar bagaimana untuk jatuh dan bangkit semula. Anda perlu belajar semua prinsip kepimpinan kerana itulah makna kepimpinan sebenar. Itulah makna kejayaan-jatuh dan bangkit semula. Mereka yang berjaya dalam kehidupan, mereka yang memenanginya, telah jatuh beribu-ribu kali. Dan kami yang mengajarnya. Kami mengajar bahawa apabila anda jatuh, anda terus maju ke hadapan. Kita maju ke hadapan bersama-sama. Dan anda diberi ganjaran berdasarkan sumbangan anda dan berdasarkan pencapaian anda. Apabila kita berkembang dan menjadi semakin berjaya sebagai satu organisasi, kadangkala kita akan menarik perhatian mereka yang telah berada di dalam organisasi pemasaran berbilang tingkat sebelum ini. Beribu-ribu orang mendaftar dengan kami setiap bulan dan kami mengalu- alukan kedatangan anda. Selamat datang ke Melaleuca! Tetapi sejujurnya, saya ingin beritahu anda, secara ikhlasnya bahawa anda telah diajar secara tidak betul dalam begitu banyak perkara. Anda perlu belajar cara Melaleuca. Antara sebab mengapa Melaleuca berkembang pesat berbanding syarikat lain atau syarikat yang anda menyertai sebelum ini adalah kerana prinsip yang kita gunakan. Kami tidak terlalu melebih-lebih dengan produk kami. Kami tidak membuat dakwaan yang melebih-lebih tentang pendapatan. Kita tidak terpekik-terlolong dalam media sosial “Jana $10,000- sebulan, tanya saya caranya!” “Teks saya!” “Mesej peribadi kepada saya.” Kami tidak melakukannya kerana ia menjatuhkan taraf mesej anda. Kami tidak melakukannya kerana ia akan berakhir dengan kehancuran. Sekarang, saya akan menyatakan dengan lebih lanjut. Kami bukan syarikat pemasaran berbilang tingkat. Ini sesuatu yang anda tahu, tiada apa tentang Melaleuca yang memiliki pelbagai tingkat. Kami tidak memiliki pelbagai tingkat pengedaran, kami tidak memiliki pelbagai tingkat pemasaran. Tiada apa-apa tentang pelbagai tingkat. Semua transaksi kami adalah daripada syarikat terus kepada pelanggan. Tiada pelbagai tingkat. Tiada siapa membeli dan menjual dan mengambilnya daripada satu tingkat kepada tingkat berikutnya. Semuanya adalan transaksi tunggal. Satu titik daripada syarikat kepada pelanggan.

Semua Jalan Menuju ke Melaleuca

MESEJ DARIPADA CEO FRANK VANDERSLOOT

Terdapat begitu banyak contoh mereka yang jujur, bekerja keras, beretika serta penyayang yang menyertai kami bagi membantu menyampaikan mesej kepada orang ramai yang memerlukan kami—yang memerlukan apa yang kami miliki, daripada perspektif pelanggan dan juga perspektif perniagaan. Saya rasa berbangga kerana dapat memainkan peranan kecil dalam membantu anda mencipta alat yang sempurna serta lancar, yang benar-benar dapat menyampaikan mesej kepada beribu-ribu orang. Setakat ini pada tahun 2017, Melaleuca telah mengalami permulaan tahun baru yang terbaik dalam sejarah. Di Amerika Syarikat dan Kanada, padi sudah sedia untuk dituai dan anda sedang menuai. Saya bukan sahaja berasa teruja dengan kedudukan kita sekarang, dan saya amat berbangga bagaimana kita telah mencapainya. Saya berbangga dengan jumlah kehidupan yang telah dipertingkatkan. Saya berbangga kerana tiada seorang pun telah merasa kecewa semasa prosesnya. Saya berbangga bahawa sepanjang tempoh 32 tahun ini, saya tidak pernah mendengar walau seorang pun berkata, walaupun sekali, berkata, “Saya merasa kecewa semasa membina perniagaan Melaleuca.” Itu mengatakan sesuatu

tentang anda. Itu mengatakan sesuatu tentang janji-janji yang anda buat dan janji-janji yang anda tunaikan. Itu mengatakan sesuatu tentang apa yang anda katakan dan apa yang anda tidak katakan. Itu mengatakan sesuatu tentang siapa anda, kerana yang penting sekali, kami telah menyerahkan reputasi kami kepada anda. Tidak banyak pilihan bagi mereka yang bekerja 9-5 untuk maju dalam kehidupan mereka. Masa depan kewangan mereka tidak semestinya semua dalam tangan mereka. Mereka perlu bergantung kepada orang lain untuk menyedari mereka sebelum mereka mendapat kenaikan gaji. Mereka terpaksa bergantung kepada orang lain supaya menyedari tentang kerja keras mereka supaya mereka mendapat kenaikan pangkat. Dan ramai yang terlepas pandang. Akan tetapi, setiap bulan mereka sedaya-upaya cuba memenuhi keperluan mereka. Mereka sedang mencari jalan yang lebih baik. Dan Melaleuca boleh menyediakan semuanya buat mereka dan juga anda. Kami menyediakan jalan buat mereka untuk mengarah kehidupan mereka sendiri, yang dipilih oleh mereka sendiri. Bukan menunggu orang lain yang

Yang Ikhlas,

@FLVanderSloot

6 OCTOBER 2017

7

OCTOBER 2017

Made with FlippingBook flipbook maker