MY - SG - LIA - 201710

Selepas mencapai status Pengarah Kanan 9 pada Mei 2016, Alvin Lim berada di zon selesa selama kira-kira 10 bulan, tetapi tidak tergesa-gesa untuk mengubah keadaan. Kehidupan sangat baik bagi beliau dan keluarganya-kehidupan tanpa tekanan kewangan dengan pendapatan berterusan yang stabil dari Melaleuca, pilihan pendidikan yang lebih baik untuk anak-anaknya, dan percutian keluarga tahunan. Beliau terdapat rasa kepuasan, sehinggalah pada Konvensyen 2017 beliau menyedari untuk tidak sambil lewa dan kembali bertindak. “Saya tersentak di Konvensyen 2017 bahawa saya dalam situasi yang rata. Saya mendapati bahawa saya dan pasukan saya tidak komited dalam aktiviti harian kami, dan saya komited untuk membuat sesuatu yang lebih baik-untuk memimpin melalui teladan dan terlibat dalam Aktiviti Kritikal 1 dan 2,” jelas Alvin. Komitmen Alvin yang baharu untuk perniagaan Melaleuca juga berpunca daripada pemerhatiannya terhadap kelembapan ekonomi dan ketidakstabilan semasa. “Saya melihat rakan-rakan saya menjalani kehidupan yang berlumba-lumba dan menghadapi ketidakstabilan kewangan, sementara saya tidak perlu melaluinya. Malah, hasil yang saya dapat dari perniagaan Melaleuca saya hanya menjadi lebih baik setiap bulan daripada kerja keras yang saya lakukan sebelumnya,” katanya. Sebelum membina perniagaan Melaleucanya pada Januari 2010, Alvin adalah seorang jurutera awam yang bekerja selama 3 tahun dan seterusnya, menjalankan perniagaan pembinaan sendiri selama 10 tahun. Yang kemudiannya adalah sangat sukar kerana ia bergantung kepada projek, tidak mudah diperoleh dan sukar untuk didapati kadangkala. Ditambah pula dengan hakikat bahawa pembayaran tidak selalu terjamin, begitu juga dengan pendapatan yang tidak dapat diramalkan dan kehidupan yang tertekan. Itu bukan kehidupan yang beliau dan Espy mahukan, dan mereka mendaftar dengan Melaleuca untuk membina perniagaan yang akan bertahan untuk generasi yang akan datang. Itu adalah keputusan yang mereka gembira mereka buat. “Pendapatan yang diberikan Melaleuca tidak dapat dibandingkan dengan apa yang saya lakukan sebelum ini,” jelas Alvin. Beliau menyatakan bahawa walaupun kestabilan secara kewangan adalah salah satu sebab utamanya untuk menyertai Melaleuca, ia juga kerana produk syarikat telah memberikan keluarganya kehidupan yang lebih baik. “Terdapat perbezaan yang ketara dari segi kualiti hidup dan tahap kesihatan. Bukan itu sahaja, masalah sinus Espy telah bertambah baik secara drastik!” kata Alvin, tentang bagaimana Melaleuca meningkatkan kehidupan mereka. Menyedari bahawa beliau tidak boleh berehat lagi dengan kejayaannya, beliau komited untuk bergerak ke hadapan dan juga memotivasikan pasukannya untuk melangkah lebih jauh. “Ia adalah masa untuk kembali kepada asas-asas Aktiviti Kritikal 1 dan 2,” kata Alvin. Beliau memulakannya dengan berjanji untuk menambah secara purata 20 nama baru ke senarai kenalannya setiap bulan dan juga menubuhkan kumpulan sembang dengan 10 hingga 15 pembina perniagaan yang melaporkan aktiviti harian mereka, menghidupkan semula sistem akauntabiliti. “Saya tahu saya perlu menunjukkan contoh yang baik dan memimpin dengan melakukan laporan aktiviti harian saya untuk menunjukkan sikap bertanggungjawab,” jelas Alvin. Bukan itu sahaja, beliau juga menubuhkan kumpulan yang lebih kecil untuk sistem sokongan yang lebih baik, termasuk panggilan video untuk pembina perniagaan yang terletak di luar Kuala Lumpur untuk memastikan mereka turut sama menyertai. Ahli pasukannya juga perlu menetapkan matlamat pada awal setiap bulan. “Ini adalah bahagian penting dalam perjalanan mereka sebagai pembina perniagaan kerana apabila mereka jelas tentang matlamat mereka, mereka mungkin akan lebih fokus,” Alvin berkongsi, sambil menyatakan bahawa ia juga lebih mudah untuk memimpin tanggungjawab Komitmen yang Baharu

anggotanya sepanjang bulan sekiranya mereka tersasar daripada matlamat mereka. Ini membantu para pembina perniagaan menumpukan pada aktiviti yang perlu mereka lakukan untuk mencapai matlamat mereka, daripada mengejar pendaftaran tanpa arah tujuan. Alvin tahu untuk pasukannya bekerjasama dan bergerak ke hadapan, beliau juga terpaksa menyelam jauh ke dalam apa sahaja masalah yang mungkin menghalang kemajuan mereka. Beliau mendapati bahawa pembina perniagaan sedia ada menghadapi cabaran yang sama-mereka mempunyai matlamat yang jelas tetapi tidak mempunyai aktiviti asas yang diperlukan untuk menggerakkan perniagaan mereka ke hadapan. “Saya meluangkan masa untuk melatih mereka dan mengulangi betapa pentingnya konsisten dalam melakukan aktiviti asas untuk mencapai matlamat mereka. Ia membantu apabila mereka mengingati SEBAB mereka, jadi mereka mempunyai motivasi yang kuat untuk meneruskan,” jelas Alvin. Bagi pembina perniagaan baru pula, Alvin menumpukan pada mereka untuk mengenalpasti cabaran yang mereka hadapi dalam menjalankan Aktiviti Kritikal 1 hingga 3. “Ianya lebih kepada melatih mereka bagaimana untuk mengatasi ketakutan dan cabaran mereka, cara membina hubungan dan bagaimana membuat pendekatan yang berkesan untuk membina keyakinan mereka.” Alvin bermotivasi untuk terus membantu ahli pasukannya menghadapi rintangan peribadi mereka. Beliau berkata, “Pengarah peribadi 2 saya Lee Chee Pin, ibu tunggal dan perunding hartanah, telah menghadapi masalah sepanjang perjalanannya membina perniagaan Melaleuca. Saya telah menggalakkannya dengan mengingatkan SEBABnya untuk memastikan beliau berada di landasan yang betul, dan dengan pasaran hartanah yang tidak stabil sekarang, ia adalah masa yang tepat untuknya bermula lagi. Beliau sedang berusaha untuk mencapai status Pengarah 3 pada bulan Ogos.” Melaleuca adalah perniagaan berasaskan hubungan dan Alvin menjelaskan bahawa tidak kiralah dari mana mereka berasal, teknologi telah merapatkan jurang komunikasi. Beliau berkata, “Anda perlu mendengar dan memahami pemimpin anda terutama ketika menghadapi cabaran tertentu. Anda perlu menyelami ketakutan mereka dan membantu mereka mengatasinya.” Pengarah 4 Edwin Tan dari Pulau Pinang boleh membuktikannya. Alvin menyediakan bimbingan dan sokongan kepada Edwin menerusi panggilan video WeChat, memastikan mereka menangani cabarannya bersama-sama dan memberi tumpuan kepada membina perniagaan dengan cara yang betul. “Tidak kira di mana pembina perniagaan saya berada. Selagi mereka bermotivasi dan dapat dilatih, mereka akan dapat melakukannya dengan baik. Edwin sangat komited untuk melakukan Aktiviti Kritikal 1 dan 2 dari awal lagi.” Komitmen Alvin yang baharu dan aktiviti pasukan sememangnya telah berbuahkankan hasil apabila beliau memecahkan kemerosotannya, dan mara ke status Pengarah Eksekutif pada April 2017 dan Pengarah Eksekutif 2 sebulan kemudian. “Memang benar kejayaan dapat dicapai di Melaleuca apabila kita menumpukan perhatian kepada 7 Aktiviti Kritikal, terutamanya Aktiviti Kritikal 1 hingga 3. Lihatlah kepada semua pemimpin yang berjaya di Melaleuca hari ini!” Alvin mengulangi semula apa yang dipelajari dari Majlis Standing Senior Leadership (SSLC) di Bangkok baru-baru ini. “Saya penuh dengan harapan dan komited untuk meningkatkan aktiviti peribadi saya supaya pasukan saya turut sama ikuti. Lagipun, saya percaya seseorang hanya benar-benar boleh memimpin sebuah pasukan dengan menunjukkan teladan mereka sendiri,” Alvin berkongsi. Tiada apa yang dapat memperlahankan Alvin sekarang. Beliau ingin mengekalkan momentumnya dan komited untuk mendaftarkan 4 pelanggan dan melahirkan 1 Pengarah peribadi setiap bulan. “Bukan itu sahaja, tahun ini saya akan melahirkan 3 Pengarah Kanan baru dan mara ke status Pengarah Eksekutif 6,” katanya.

重新承诺

2016年5月晋升成为资深总监9后,Alvin安逸于他的舒适圈约10个月,但没 有急于改变。他和 他家人的生活很好 - 因有美乐家稳定的持续收入而没有 经济压力的生活,给孩子们更好的教育选择,和每年的家庭旅行。他有着 一份满足感,但直到2017年会后他意识到不应该把事情视为理所当然而必 须复出行动。“ 我在2017年会中惊觉我处于停滞状态,我发现我团队和我 都没有致力进行我们的每日活动,而我承诺把事情做的更好-我以身作则并 进行成功要素1和2” Alvin解释说。 Alvin对美乐家事业的重新承诺也是因为他观察到现在的经济萧条和 不稳定。 “我看到同龄的朋友为生活疲于奔波和面对经济的不稳定,而我却 没有经历这些。其实,我在美乐家事业的成绩是因为我之前所付出的努力而 现在每一个月都变得更好,” 他说。 于2010年1月在还未建立美乐家事业之前,Alvin的专业是一位土木工 程师- 受雇3年接着他拥有自己的建筑生意长达10年。而后者是非常困难 的,因为它是以工程为基础,而工程却不容易获得,有时也很难遇到。再加 上收款并不是受保障的,这相当于不可预测的收入和备受压力的生活。而 这也不是他和Espy要的生活,因此他们加入美乐家为了是要建立一个可延 续给下一代的事业。那是一个让他们感到欣慰的决定。 “美乐家提供的财 务保障是无法和任何我之前所做的相比,” Alvin 透露道。他也提及让他加 入美乐家的其中原因不单是因为其经济稳定性,也是因为公司产品能让他 的家庭有更优质的生活。 “我们的生活素质和体力有了显著的不一样,不但 如此,Espy的鼻窦问题也有了极大的改善!” Alvin谈及美乐家如何改善了 他们的生活。 意识到他不能够在他的光环下继续地休息,他致力向前进并激励他的 团队加紧经营。 “是时间回到要素1和2的基础上” Alvin 说。他开始誓言每 个月平均增加20个新名字到名单内,而且成立了拥有10到15位事业伙伴的 群聊报告他们的每日活动,恢复了鞭策系统。 “我知道我必须树立好榜样并 以身作则-展现责任每天报告活动” Alvin解释说。不但如此,他也建立较小 的群组以提供更好的支援系统,包括不在吉隆坡的事业经营者的视讯以确 保其参与度。他的团队会员也被要求于每个月初设定目标。 “身为事业经营 者,这对他们的旅程来说是很重要的一环因为他们对目标清晰,他们也就不 容易失去专注力,” Alvin分享并注意到这样也更容易鞭策他的团队会员,

以了解他们是否在整个月份忽视了他们的目标。这帮助事业经营者专注在他们 所须进行的活动以达到他们的目标,而并非像无头苍蝇似的追赶推荐。 Alvin知道让团队一起合作和向前迈进,他也需要对任何可能阻碍他们进展 的障碍刨根究底。他发现他现有的事业伙伴面对着和他一样的挑战-他们拥有明 确的目标但是缺乏所需的基本活动让他们的事业前进。 “我花时间教育他们基 本活动并重复其重要性,他们必须持续以达到他们的目标。当唤起他们的动机时 对之有所帮助,那他们有强大的动力来推动他们前进,” Alvin揭露道。而对新的 事业经营者,Alvin专注在发掘他们在进行成功要素1到3的挑战。 “更多的是教 育他们如何克服他们的恐惧和挑战,如何建立关系和如何有效的进行邀约来建 立他们的信心” Alvin受激励不断帮助他的团队会员面对他们的个人障碍。他说, “我的个人 总监2 Lee Chee Pin, 她是位单亲妈妈和房地产经纪人,她在建立美乐家事业 的路程中不断遇到干扰。我经常鼓励她并提醒她的动机让她保持在轨道上,而 房地产市场现在的不稳定,没有比这更好的时机让她再卷土重来。她要在8月达 到总监3的阶衔。” 美乐家是一份基于关系的事业,Alvin解释不管他们到底在哪里,科技却让 通讯没有任何阻碍。他说, “您必须聆听并了解您的领导人尤其是当他们遇到一 定的挑战时。您必须寻找他们内心的恐惧并帮助他们克服它。” 来自槟城的总监 4 Edwin Tan就可证明这点。Alvin透过WeChat视讯给予Elvin教育和支援,确 保他们共同面对他的挑战,并专注正确经营这份事业。 “不管我的事业经营者在 哪里。只要他们受激励和愿意受教,他们将能够做的好。Edwin刚开始时就一直 致力进行成功要素1和2” Alvin的重新承诺和团队活动也获得了回报,因为他突破了他处在的停滞点, 并于2017年4月晋升至执行总监,一个月之后又再晋升至执行总监2. “当我们专 注在成功7要素上,美乐家的成功是的确可延续的,尤其是成功要素1至3。看看我 们美乐家今天所有的成功领导人!” Alvin重申他于近日在曼谷的资深领导研习会 中所学习到的重点, “我内心充满希望和承诺增加我的个人活动以让我的团队跟 随。毕竟,我相信一人只能透过以身作则来真正带领团队” Alvin分享道。 现在没有什么可以让Alvin放缓脚步。他要保持他的动力并承诺每个月推荐 4位顾客和复制1位个人总监。 “不但如此,今年我会复制3位新资深总监并晋升 至执行总监6,” 他断言。

24 OCTOBER 2017

25

OCTOBER 2017

Made with FlippingBook flipbook maker